Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kepentingan memiliki Medical Card Terbaik.

Apakah cara-cara atau langkah untuk memilih Medical Card Terbaik? Masih ramai dikalangan kita terutamanya rakyat Malaysia masih tertanya-tanya soalan ini didalam minda;

“Apa itu Medical Card?”

“Penting sangat ke Medical Card ni?”

“Bagaimana nak pilih Medical Card Terbaik?”

Baik, disini saya akan olah satu persatu soalan yang sering membelengu difikiran kita selama ini tentang Medical Card.

Apa Itu Medical Card?

Nama lain untuk Medical Card ialah Kad Perubatan atau Kad Medikal. Kita sering kali menganggap jika seseorang itu ada Medical Card maknanya dirinya sudah mempunyai plan perlindungan insurance atau takaful. Ya betul, tapi sebenarnya perlindungan insurance/takaful itu terlalu umum dan sangat luas definisinya. Sebenarnya Medical Card adalah salah satu produk yang terkandung didalam plan perlindungan insurance/takaful.

Fungsi Medical Card ianya adalah untuk membayar kos rawatan yang dirawat oleh doktor di hospital untuk tujuan merawat sakit atau penyakit yang melanda diri kita tanpa diduga. Siapa yang tidak gembira apabila selepas keluar hospital, semua bil didalam resit telah pun ditanggung oleh Medical Card Takaful. Fuh! sudah tentu lega rasanya kan bila ada orang lain yang tolong bayarkan bil hospital yang beribu-ribu tu.

Kebanyakkan daripada kita selalu mengambil ringan tentang betapa pentingnya Medical Card ini kerana ramai yang mengharapkan hospital kerajaan untuk menanggung kos rawatan apabila sakit suatu hari nanti.

Ya, memang betul kerajaan ada memberi subsidi kepada kita semua untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Tetapi ada juga kos-kos lain yang perlu kita tanggung sendiri. Tahukah anda berapa jumlah kos rawatan untuk sakit-sakit kritikal? Walaupun menerima rawatan di hospital kerajaan, namun kos-kos lain kita perlu tanggung sendiri. Sebagai contoh kos-kos besi untuk tulang yang patah, kos kimoterapi untuk kanser, kos dialisis untuk sakit buah pinggang, kos ubat untuk sakit kritikal dan pelbagai lagi yang perlu kita tanggung sendiri. Dibawah ini saya senaraikan purata kos-kos rawatan untuk sakit-sakit kritikal;

Kos Rawatan Kanser
RM5000 - RM150,000
Kos Rawatan Tumor Otak
RM25,000 - RM80,000
Kos Rawatan Pemindahan Hati
RM200,000 - RM300,000
Kos Rawatan Pintasan Jantung
RM30,000 - RM80,000
Kos Rawatan Buah Pinggang
RM3500 / sebulan
Kos Rawatan Strok
RM30,000 - RM60,000

Saya percaya ada diantara anda sedang menelan air liur sekarang ini selepas mengetahui kos-kos rawatan untuk sakit kritikal seperti yang dinyatakan diatas. Cuba pegang tangan anda sekarang, selepas itu cuba sentuh riak wajah anda pula. Anda sebenarnya perlu bersyukur sebab pada ketika anda membaca perenggan ini, anda masih lagi Sihat. Ok, sekarang tadah tangan dan ucaplah Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T. kerana menjauhkan segala penyakit seperti diatas keatas diri anda dan keluarga.

Bagaimana pula insan-insan yang sudah mengidap penyakit? Tiada siapa didunia ini yang minta untuk mengidap sebarang penyakit. Semua orang mahu minta dijauhkan segala penyakit dan musibbah. Kita hanya merancang tapi hanya Allah SWT sahaja yang menentukan. Jadi apa persediaan awal kita untuk menghadapi semua itu jika ditakdirkan suatu hari nanti jadi kat diri kita pula (fuh fuh minta dijauhkan). Waktu sihat inilah waktu terbaik untuk kita memiliki Medical Card Terbaik.

Penting sangat ke Medical Card ni?

Siapa disini pernah buat rawatan di hospital kerajaan? Macam mana ya keadaan disana? lenggang atau sesak?. Bagi yang tidak pernah mengunjungi hospital kerajaan biar saya beritahu disini. Keadaan disana tersangatlah sesak walaupun waktu menunjukkan pukul 3:00 pagi atau 4 pagi. Ada yang terpaksa menunggu giliran 6-7 jam sebelum boleh jumpa doktor. Grrrr sanggup ke nak tunggu? boleh jadi sakit hati nak tunggu berjam-jam disana. Ini perkara serius ya, jika tak percaya boleh cuba pergi hospital kerajaan dan lihat sendiri.

Hospital kerajaan bukan tidak bagus, hospital kerajaan sentiasa menaik taraf  segala peralatan dan fasiliti yang digunakan. Sememangnya sangat canggih dan sangat berkualiti. Doktor dan jururawat pun semua baik-baik belaka. Mereka buat kerja sangat cekap, namun oleh kerana kesesakan yang melampau setiap hari kadang kala mereka pun stress juga. Janganlah marah atau maki mereka jika lambat nak rawat anda ya.

Jom kita ke hospital swasta pula. Siapa yang tidak mahu dapatkan rawatan 1st class di hospital swasta betul? Saya percaya semua yang membaca ni pun nak dapatkan rawatan 1st class di hospital swasta. Tapi masalahnya hospital swasta ni mahal dan cekik darah pula. Ini disebabkan mereka berniaga dan pesakit-pesakit mereka adalah pelanggan mereka. Doktor-doktor yang ada pun semuanya terdiri daripada doktor pakar dan berpengalaman. Jadi tidak mustahil kos nya lebih mahal jika dibandingkan dengan hospital kerajaan.

Daripada rekod sebenarnya ramai sahaja yang pergi ke hospital swasta dan mereka tiada Medical Card. Tapi sanggup ke kita nak keluarkan duit bayar beribu-ribu ringgit untuk dapatkan rawatan semata-mata? Cuba semak baki akaun bank kita sekarang ni, cukup ke nak keluarkan puluh-puluh ribu ringgit? kalau ada pun mesti sayang betul tak?

hospital-swasta

Ok sekarang, cuba bayangkan pula jika anda mempunyai Medical Card Terbaik dan boleh pergi ke hospital swasta tanpa perlu memikirkan kos nya yang mahal tu. Bil hospital swasta tu akan dibayar oleh syarikat insurance/takaful melalui Medical Card. Wah! mestilah gembirakan kalau macam tu. Sebab itulah Medical Card Takaful tu sangat penting. Lebih-lebih lagi untung jika didalam dompet kita mempunyai Medical Card Terbaik.

Bagaimana nak pilih Medical Card Terbaik?

  • Kenalpasti Limit Tahunan dan Limit Lifetime.

Perkara pertama yang perlu kita ambil tahu tentang Medical Card adalah Limit Medical Card tersebut. Setiap Medical Card ada Limit Tahunan dan juga Limit Lifetime. Limit Tahunan adalah nilai limit perlindungan yang diberikan oleh syarikat insurance/takaful untuk membayar bil hospital dalam tempoh satu tahun. Limit Lifetime pula atau limit seumur hidup adalah nilai limit perlindungan yang diberikan oleh syarikat insurance/takaful untuk menanggung kos rawatan di hospital dalam tempoh seumur hidup.

Limit Lifetime Medical Card biasanya berjumlah besar seperti  RM1 juta, RM2 juta atau RM4 juta. Apabila ada agent yang mengatakan begini “Anda dilindungi Medical Card bernilai Rm1 juta”, itu maknanya Limit Lifetime. Jangan terpedaya pula apabila ada agent yang mengatakan begitu. Ada juga Medical Card yang Limit Lifetime nya Unlimited Limit, tetapi harganya juga agak mahal.

Limit Tahunan Medical Card pula biasanya RM100,000 , RM200,000, RM400,000. Kurang sedikit nilainya daripada Lifetime Limit. Hal ini kerana perlindungan hanya untuk dalam tempoh setahun. Jangan risau, biasanya rekod claim dalam tempoh setahun memang begitu jumlahnya. Agak mustahil jika dalam setahun seseorang manusia itu boleh claim bil hospital sehingga RM500,000 keatas. Kalaulah bil hospital itu cecah RM500,000 kebiasaannya sudah meninggal dunia.

  • Kenalpasti Co-Takaful/Co-Insurance atau Full Coverage.

Seterusnya anda perlu mengenal pasti sama ada Medical Card itu Co-Takaful ataupun Full Coverage. Apa makna kedua-dua istilah ini? Kedua-dua ini ada kelebihna dan kekurangannya tersendiri. Ok, biar saya terangkan.

Kelebihan Co-Takaful; Polisi Medical Card anda akan lebih jimat dengan pilihan Co-Takaful. Ini kerana pilihan Co-Takaful adalah pilihan untuk penjimatan. Maknanya caruman bulanan anda lebih murah dan jimat berbanding dengan pilihan Full Coverage.

Kekurangan Co-Takaful; Jika dimasukkan ward, anda perlu menangung sendiri sedikit jumlah bil hospital. Sebagai contoh, anda perlu menanggung RM300 yang pertama, bil selebihnya akan ditanggung oleh Medical Card.

Kelebihan Full Coverage; Jika dimasukkan ward, anda tidak perlu menangung sebarang kos rawatan 100% ditanggung oleh Medical Card, kecuali perkara yang tidak dilindungi.

Kekurangan Full Coverage; Caruman polisi Medical Card anda akan jadi lebih mahal, Jika anda sihat, setiap tahun anda perlu membayar lebih caruman polisi Medical Card tersebut. 

  • Harga Katil / Room And Board

Anda perlu mengenal pasti berapa harga katil yang Medical Card itu lindungi. Setiap hospital berlainan harga katilnya. Jika diluar bandar dengan harga katil rm200 kebawah, sudah boleh dapat bilik perseorangan (single room). Tetapi ianya agak mustahil jika anda berada di bandar seperti Kuala Lumpur. Jika di bandar, harga katil rm200 kebawah mungkin anda akan dapat bilik dua katil (double bedded room) yang dipisahkan oleh tirai kain langsir.

Jadi anda perlu tanya agent anda tentang perkara ini. Hospital yang berdekatan dengan kawasan anda tinggal, berapa harga katilnya? Agent yang bagus akan bantu anda dalam perkara ini.

Medical Card Terbaik adalah Medical Card yang memenuhi citarasa anda sebagai pengguna.

Disini ada satu jenis Medical Card Terbaik yang saya boleh cadangkan kepada anda. Terdapat semua ciri-ciri penting seperti saya terangkan diatas.

Ingin maklumat dengan lebih lanjut? Klik butang Miliki Medical Card di bawah ini untuk lihat berapa nilai Medical Card untuk diri anda atau ahli keluarga lain.

Close Menu